Friday 10 February 2012

VALENTINE'S DAY

Apa pandangan islam ?

VALENTINE'S Day atau HARI KEKASIH sebagaimana yg d fahami ialah hari di mana dua orang yg berkasih syg atau psangan kekasih yg bercinta meraikan percintaan dan kasih syg. Budaya ini d smbut setiap tahun pada 14 Februari.

Golongan remaja adalah golongan yg sering kali d kaitkan dgn soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut dgn pengaruh yg d bawa oleh orang-orang barat.

Mmg islam sgt menggalakkan umatnya berkasih syg di antara 1 sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih syg di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yg d benarkan oleh syarak bukan yg menggalakkan kpd perkara-2 yg mendorong atau merangsang kpd yg dilarang dan maksiat.

Banyak ayat-2 Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih syg.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmatnya kpd makhluknya melalui nimkat kasih syg. firman allah :
“Dan (dialah) yg menyatupadukan di antara hati mereka (yg beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan sagala (harta benda) yg ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan d antara hati mereka, akan tetapi allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. “Surah Al-Anfaal: 63).

Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih syg di antara makhluknya. Dalam islam ada 3 kategori kasih : pertama, Allah Subhanahu Wataala kpd hambanya : kedua, kasih hamba kpd pencipta dan ketiga kasih makhluk kpd makhluk.

Mengikut beberapa sumber, VALENTINE adalah nama bagi seorang paderi Kristian yg giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintah Raja Rom yg bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yg bertentangan dgn agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan d seksa di dalam penjara.

Wlaupun dalam penjara, Valentine ttap berusaha mangajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-2 penjara di samping membantu tawanan-2 penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatannya ini telah d ketauhui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-2 Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yg mulia kerana sanggup bekorban dan mati demi kasih sygnya terhadap agama Kristian dan penganut-2. Beliau d samakan dgn Jesus yg kononnya mati kerana menebus dosa yg d lakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih syg sejati d antara seorang hamba dgn tuhannya dan dgn sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dlm pnjara, beliau telah jatuh cinta dgn anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum d bunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kapada gadis tersebut yg bertandatangan ' From your Valentine '.

Dengan ini, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atua VALENTINE'S Day dalam islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi org Kristian.

Harus d ingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya d dalam meraikan hari-2 tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan terjerumuskan umat islam kpd kehancuran kerana perkara-2 seperti ini bukan sahaja menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

No comments:

Post a Comment